Satu sesi perbincangan mengenai Cadangan Kolaborasi di antara YIM dan MIMOS berhubung Permohonan Dana SRF untuk Projek iCOMM telah diadakan di Ibu pejabat YIM. Sesi tersebut telah dihadiri oleh Pn Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM dan En Mohd Rozaidi Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi YIM serta Pengurus Kanan Strategi Teknologi Korporat MIMOS, En Shahidan Abdullah.
Sesi ini diadakan bertujuan untuk membentangkan cadangan Program iCOMM dan berbincang mengenai potensi kolaborasi bersama-sama dengan pihak YIM bagi permohonan dana SRF dari MOSTI.