Sesi perbincangan mengenai Pengisian Persidangan Malaysia Innovates 2022 di antara YIM dan SME Corp. Malaysia telah diadakan secara dalam talian menerusi Microsoft Teams. Mesyuarat ini membincangkan input dan cadangan pengisian Persidangan yang dijadual akan diadakan pada Jun tahun ini. Hadir mewakili SME Corp. Malaysia adalah En Zaky Moh, Timbalan Ketua Eksekutif Pelaksanaan & Pembangunan, Pn Nor Hidayaty Mohd Nor – Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan, Pn Haniza Zainul Abidin – Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan, En Mohammed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri – Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan, En Ghazali Mohd Yusoff – Eksekutif Bahagian Pembangunan Kluster, Pn Iman Zafirah Abdullah dan En Md Zalisman Md Zahidi, Eksekutif Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan. Sementara itu, YIM diwakili oleh En Amerridzal Bidin, Pengurus Program dan Cik Syaqreena Azhar serta En Muhammad Muzakkir Samsulbahari.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur