Sesi Perbincangan Penyediaan Rangka Dokumen CPAP for Climate and Environment antara Kerajaan Malaysia dan UNICEF bagi tempoh 2022 – 2025 telah diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi ZOOM. Sesi ini dihadiri oleh En. Ho Yun Shiang, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Data Strategik dan Teknologi Masa Hadapan; En. Issmail Nnafie, UNICEF Programme Specialist for Innovation and Sustainability serta wakil daripada MOSTI, UNICEF, MySA, YIM dan MRANTI. Hadir bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif YIM ialah Cik Nastassja Mojitoh dari Pejabat KPE YIM. Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak UNICEF sedang dalam proses untuk merangka Dokumen CPAP for Climate and Environment di antara Kerajaan Malaysia dan UNICEF bagi tempoh 2022-2025. Sesi ini turut membincangkan peranan inovasi di dalam usaha untuk mengekang permasalahan isu perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar. Selain itu, sesi ini turut meneroka potensi kerjasama antara pihak UNICEF dan MOSTI serta agensi yang berkaitan.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur