Sesi Perbincangan Susulan Pembentangan Pencapaian 3 Bulan Pertama Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) YB Menteri MOSTI telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasturi MOSTI, Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn Ruziah Shafei, SUB Perancangan Strategik MOSTI; turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pn Sharmila Mohamed Salleh dan Ketua Pegawai Operasi, En Mohd Rozaidi Abd. Rahman sebagai wakil dari YIM. Sesi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan pencapaian semasa Program AKM dan menyusun semula sasaran program oleh semua agensi MOSTI yang terlibat serta tindakan yang perlu dilaksanakan.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur