Sesi Pre-Council bersama Ketua Pegawai Eksekutif YIM berkenaan Program i-SEE Bil.2/2022 telah diadakan menerusi aplikasi Microsoft Team. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pn. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM dan dihadiri oleh beberapa pegawai YIM iaitu En Amerridzal Bidin, En Muhammad Ikhram dan En Muhammad Muzakkir. Turut hadir, Prof. Madya Sr Ts. Dr. Noorsidi Aizuddin Mat Noor, En Mohd Yuzeir, Tok Penghulu Kg Sedili, En. Azmir Mad Razuki dan peserta-peserta program i-SEE.
Sesi ini bertujuan untuk mendapatkan nasihat dan hala tuju Projek Inovasi daripada Ketua Pegawai Eksekutif YIM berkenaan projek-projek dibawah Program i-SEE sebelum diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal i-SEE Bil.2/2022.