Adakah anda mempunyai produk inovasi inklusif berimpak tinggi? Andalah yg kami cari.
Program Inclusive SME Ecosystem ( i-SEE) merupakan Program kerjasama di antara SME Corp. Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang bertujuan meningkatkan jangkauan inovasi melibatkan komuniti B40, perusahaan mikro dan juga sektor informal bagi aktiviti pengkomersialan.
Program i-SEE memberi peluang kepada produk inovasi inklusif yang berimpak tinggi untuk dikomersialkan bagi penjanaan pendapatan kepada usahawan yang berpotensi.
Pihak SME Corp. Malaysia dan YIM mengalu-alukan penyertaan daripada Inovator/Usahawan yang sedang membangunkan produk inovasi inklusif yang berimpak tinggi. Usahawan/Inovator yang berjaya di pilih di bawah Program ini berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan sehingga RM200,000.00.
Daftar sekarang secara dalam talian di laman web kami di http://www.iic.innomap.my
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi sekretariat Program i-SEE melalui email kepada mohamed.zulfikar@smecorp.gov.my dan syaqreena@yim.my.