Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Fasa 1 Negeri Sembilan: Sesi Ice-Breaking Ketua Isi Rumah (KIR) DUN Paroi bersama YIM telah diadakan di Balai Raya Taman Desa Anggerik, Negeri Sembilan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai sasaran kemiskinan sifar pada tahun 2025 melalui satu sesi bersua muka di antara Ketua Isi Rumah (KIR) dan YIM. Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Hanisah Hussin, Timbalan Pengarah 1 Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi (BIPST). Sementara itu, sesi Ice-Breaking telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Pn Sharmila Mohamed Salleh.
Program ini turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Pengurusan Tertinggi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri serta Ketua Isi Rumah (KIR) Dun Paroi, Seremban.