Saksikan Sambutan Hari Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (HIJKM) 2021 sempena Hari Inovasi 2021 yang bertemakan Pembudayaan Inovasi Meningkatkan Prestasi secara live melalui platform Facebook rasmi JKM.
Sambutan ini diadakan pada setiap tahun bagi memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga kerja JKM. Selain itu, tujuan Sambutan Hari Inovasi ini juga diadakan bagi menyediakan ruang dan peluang untuk berfikir serta menghasilkan sesuatu projek atau produk yang berinovasi tinggi yang mampu memberi impak dalam meningkatkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada kumpulan sasar tertentu.
Pada tahun ini, dengan tema Pembudayaan Inovasi, Meningkatkan Prestasi, sambutan HIJKM 2021 bakal berlangsung pada esok hari secara maya dengan pengisian beberapa program antaranya Bicara Inovasi, Pembentangan Pencapaian Setahun: Penerima Anugerah Emas Pertandingan Inovasi JKM 2020 dan Pelancaran Pelan Inovasi JKM 2021-2025.
Jangan ketinggalan ❕
🗓️ 28 Oktober 2021 (Khamis)
⏰ 9.30 pagi
🏷️ Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua
Pautan ke Facebook Live https://fb.watch/8VIvXjTxj-/