Seminar Pahang Inovatif 2022 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Webex. Seminar ini diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan perkongsian maklumat berhubung Interconnecting Open Innovation in Sustainable Development Goals, Inovasi Sosial – Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Dana Inovasi yang diselia oleh YIM.
Dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, majlis tersebut turut menjemput Pn Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM untuk memberikan ucapan pembukaan dan sebagai salah seorang panel penceramah di seminar tersebut. Turut serta ke sesi ini adalah Dr Norwazli Abdul Wahab, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Pn Nur Fadzlina Mahamad Razi, Pengurus YIM.