Sesi Pre-Council Pembentangan Projek di bawah Sandbox Inovasi Sosial Kebangsaan (NSIS) telah diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet. Antara agenda utama yang dibincangkan adalah sesi pembentangan program/projek oleh agensi-agensi MOSTI berhubung Projek NSIS di Langkawi, Kedah sebelum dibentangkan kepada YBhg. Datuk KSU MOSTI pada jumaat ini. Sesi ini telah dipengerusikan oleh TKSU (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Dr. K. Nagulendran. Turut hadir Timbalan Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, YBrs. En Mohamad Yusof Radzuan Saad, En Mohammad Fuad Rahman dan Pn Nor Rohaira Che Hassan dan wakil agensi MOSTI. Sementara itu, YIM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pn Sharmila Mohamed Salleh; En Mohd Rozaidi Abd Rahman, En Mohamad Latife Shamsuddin, Cik Siti Sarah Samsulbahari dan Cik Aina Natasha Kamrol Hisham.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur