Platform digital bagi Bank Pengetahuan Inovasi Sosial sebagai “one-stop centre” dan “open access” merupakan satu aplikasi web yang mengintegrasi pelbagai maklumat dan sumber pencarian data mengenai inisiatif inovasi sosial di Malaysia.
Dengan carian pintar, ia memudahkan pentadbir untuk mengumpul data, memantau dan membuat keputusan bagi tujuan membangunkan serta memperkukuhkan ekosistem inovasi sosial, khususnya memadankan inovasi dan teknologi dengan keperluan penyelesaian di komuniti.
Program ini juga mempromosi dan mengetengahkan inovator sosial ke peringkat yang lebih tinggi.