Menjadikan Dasar Inovasi Sosial 2021-2025 sebagai panduan untuk menyediakan ekosistem SI yang holistik.
Pembangunan Dasar Inovasi Sosial 2021-2025 mengambilkira rekomendasi hasil daripada pelan hala tuju yang telah dibangunkan pada tahun 2020. Program ini inigin memperkemas peranan, aktiviti program dan sektor berkaitan yang menyokong ekosistem inovasi sosial dalam tempoh 5 tahun. Tambahan juga, dapat memperluas agenda inovasi sosial ke segenap lapisan masyarakat melalui program-program yang inklusif dan bersasar. Dan juga memacu pertumbuhan ekonomi melalui perusahaan berteraskan inovasi sosial.