Taklimat Penyediaan Draf Kamus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Templat Pelaporan bagi Pelan Strategik MOSTI 2021-2025 telah diadakan menerusi aplikasi Zoom Meeting. Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Setiausaha, Unit Perancangan, Bahagian Perancangan Strategik MOSTI, En Muhamad Shaharudin Osmin. Hadir bagi pihak YIM adalah En. Mohamad Latife Shamsuddin. Sesi taklimat ini diadakan bertujuan untuk menerangkan deraf kamus KPI Pelan Strategik MOSTI 2021 – 2025 yang telah disediakan berserta tindakan yang perlu diambil dari setiap agensi di bawah MOSTI dalam merancang dan melaksanakan strategi serta program-program untuk mencapai Visi dan Misi Kementerian bagi tempoh lima (5) tahun.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur