Dengarkan temubual bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Puan Sharmila Mohamed Salleh dengan tajuk Sains Untuk Kesihatan bersempena Minggu Sains Negara (MSN) 2021.
Minggu Sains Negara merupakan salah satu daripada inisiatif Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) yang dianjurkan pada 1 hingga 7 April setiap tahun di seluruh negara bagi memupuk minat masyarakat terhadap ilmu sains.
Objektif utama penganjuran Minggu Sains Negara adalah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI dalam kehidupan seharian, menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan STEM selaras dengan agenda STEM Negara dan menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan dalam bidang sains.
Nantikan jam 10.30 pagi di Nasional FM, slot Alfa 102.