2016

CNC Machine

Inovator

Rosli Ishak

Kisah Inovasi

Istilah CNC atau computer numerical control tidak lagi asing dalam bidang penghasilan dan pengeluaran, lebih-lebih lagi dalam skala yang besar. Teknologi yang bermula sejak tahun 1940-an ini telah memudah dan mempercepatkan pembuatan satu-satu produk dengan memanfaatkan komputer untuk mengawal mesin. Dengan menggunakan perisian komputer, pengguna hanya perlu memasukkan bentuk, saiz, dan ukuran yang diperlukan. Seterusnya, mesin akan mengikut arahan untuk mengeluarkan hasil yang sempurna. Mesin CNC mempunyai pelbagai fungsi dan kebiasaanya, para pengilang berskala besar mempunyai mesin mereka sendiri untuk menghasilkan produk yang telah ditetapkan. Cara ini ternyata lebih pantas dan efisyen berbanding dengan cara tradisional terutama apabila menggunakan bahan yang tumpat dan keras seperti besi, plastik, dan kayu.

Di sebalik kelebihan yang ada pada mesin CNC ini, penggunanya terpaksa membayar harga yang mahal. Oleh sebab itu, mesin ini masih dianggap eksklusif untuk kegunaan syarikat-syarikat besar sahaja. Namun begitu, Encik Ho Rui Jin, pensyarah di Politeknik Kuching, Sarawak mempunyai pendapat berbeza. Beliau merasakan mesin CNC perlu didedahkan sedari awal kepada pelajar di setiap sekolah teknik dan kolej vokasional. Hal ini selari dengan keperluan subjek teknikal yang dipelajari oleh mereka. Menyedari masalah untuk memiliki mesin yang terlalu mahal, Rui Jin mencipta sebuah mesin CNC yang jauh lebih murah untuk tujuan pendidikan. Hasrat utamanya ialah untuk memastikan para pelajar mempunyai peluang mengendalikan mesin CNC. Hal ini secara langsung meningkatkan nilai kreativiti dan inovasi pelajar untuk mencipta sesuatu hasil.

Di beberapa buah sekolah terpilih, mesin CNC sudahpun disalurkan. Namun ianya tidak digunakan dengan optimum. Mesin ini diimport dari luar negara menjadikan kepakaran untuk mengendalikannya amat terhad. Malah, apabila berlakunya kerosakan, proses pembaikan mengambil masa yang agak lama kerana melibatkan kos yang tinggi. Ringkasnya, pembelian, pengendalian dan penyeleggaraan mesin CNC sedia ada memerlukan kos yang tinggi. Untuk itu, mesin yang dihasilkan oleh Rui Jin mampu menjadi alternatif yang lebih baik. Sebagai bandingan, harga sebuah mesin CNC sedia ada boleh mencecah sehingga RM400,000 manakala mesin CNC ciptaan beliau hanya berharga RM25,000 seunit. Walaupun perbezaan harga yang ketara, Rui Jin memastikan mesin CNC ciptaannya mempunyai kualiti yang sama. Fokus mesin CNC ini ialah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai kaedah pengendalian yang mudah. Untuk itu, perisian sumber terbuka (open source) digunakan. Perisian ini bukan sahaja percuma, malah boleh dibentuk mengikut tahap dan keperluan pengguna. Bagi tujuan pendidikan, perisian ini mesra pengguna dan mudah digunakan tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi. Menerusi mesin ini, beliau turut menyediakan khidmat nasihat berkaitan cara-cara penggunaan dan penyelenggaraan.

Komited untuk berkongsi mesin CNC mampu milik ini, Rui Jin berkerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menerusi program HIP-6 atau High Impact Programme 6. HIP-6 merupakan sebuah program untuk mengangkat inovasi inklusif yang mampu merapatkan jurang akses dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang pendidikan. Mesin CNC sedia ada menyasarkan pemain industri besar yang melibatkan kos yang tinggi. Masalah ini seolah-olah menutup ruang untuk menjadikan mesin CNC sebagai salah satu alat bantu mengajar yang baik. Dengan adanya mesin CNC ciptaan Rui Jin, jurang akses kepada teknologi terkini ini boleh dikurangkan. Tanpa mengabaikan aspek kualiti, mesin ini menjadi alternatif yang lebih murah untuk meningkatkan tahap pendidikan vokasional negara.

Kerjasama YIM membolehkan Rui Jin menerima geran bantuan sebanyak RM200,000 untuk membangunkan produknya. Prototaip yang dihasilkan sebelum ini ditambahbaik dan dihasilkan sebanyak empat unit bagi tujuan ujian lapangan. Pada peringkat ini, dua buah sekolah menjadi pelopor untuk memanfaatkan mesin ini. Malah, satu unit turut disumbangkan kepada Innovation Community Design Centre bagi tujuan sama. Pada masa yang sama, Rui Jin dan YIM menjalinkan kerjasama dengan Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendapatkan maklumat berkenaan keperluan dan manfaat mesin CNC di peringkat sekolah teknik dan kolej vokasional. Dengan dana mencukupi, penambahbaikan berperingkat mesin CNC ini boleh berjalan dengan baik.

Seperti mana produk yang lain, kelangsungannya dalam pasaran sentiasa perlu ditekankan. Untuk itu, YIM membantu memperkasa aspek pemasaran dengan menyediakan laman sesawang yang mengandungi semua info berkaitan mesin CNC mampu milik ciptaan Rui Jin. Promosi menerusi bahan bercetak dan bertulis juga turut dibantu selain menyediakan ruang promosi menerusi rangkaian dengan agensi dan badan kerajaan yang lain yang berkaitan. Ini untuk memastikan mesin CNC mampu milik ini mencapai golongan sasaran yang lebih luas. Tidak terhad kepada sektor pendidikan di sekolah dan kolej, mesin ini berupaya menarik perhatian orang perseorangan, badan swasta dan lain-lain yang berminat untuk menggunakan teknologi CNC pada harga yang mampu milik.

Usaha yang dilakukan oleh Rui Jin ternyata memberi banyak manfaat kepada sektor pendidikan. Menerusi inovasi inklusifnya yang mampu milik dan berkualiti, pelajar dapat menggunakan teknologi CNC yang menjadi salah satu teknologi utama dunia hari ini. Secara tidak langsung, kemahiran para pelajar dan juga pendidik dapat terus dipertingkat terutama dalam bidang teknikal dan vokasional.

Inovasi Berkaitan

Flexsilk

2020

Flexsilk ataupun dikenali sebagai Flexsible Silkscreen Printing Table telah dihasilkan oleh En. Mohd Firdaus Mohd Noh dari Kolej Kemahiran Tinggi...

Pengupas Kelapa 3in1

2019

Alat ini boleh mengupas kulit kelapa tua dengan cara memijak dengan kaki atau menekan dengan tangan dan mampu memotong atau...

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 8:51am +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!