Inovasi ini adalah berkenaan dengan penghasilan dan pemberian makanan ternakan untuk itik petelur mengunakan dedak yang berasaskan campuran sekam padi yang difermentasi dengan kultur mikroorganisma. Masalah utama yang dihadapi oleh penternak itik petelur ialah kos makanan ternakan yang tinggi. Itik petelur hanya akan mula mengeluarkan hasil setelah berumur 6 – 7 bulan. Jadi selama menunggu fasa bertelur, penternak mengeluarkan kos yg tinggi untuk dan pengoperasian dan penyelenggaraan (makanan ternak, gaji pekerja, utiliti) ladang ternak tanpa apa-apa pendapatan.

Kerusi Solat Kurang Upaya (KESOKU)
Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur