2020

Flexsilk

Inovator

Mohd Firdaus Mohd Noh

Kisah Inovasi

Flexsilk ataupun dikenali sebagai Flexsible Silkscreen Printing Table telah dihasilkan oleh En. Mohd Firdaus Mohd Noh dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan, Pahang. Beliau telah menerima geran pembangunan menerusi Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) pada tahun 2020.

Flexsilk adalah meja cetakan baju yang telah ditambahbaik fungsinya berbanding yang ada di pasaran. Ia juga telah memberi penyelesaian masalah kepada pengurangan ruang dan saiz serta menambah baik rekabentuk supaya ia lebih “mesra OKU” terutama golongan yang berkerusi roda dan mempunyai masalah ketinggian, termasuklah kanak-kanak.

Flexsilk membuka peluang perniagaan kepada semua golongan B40 seperti ibu tunggal, belia dan golongan OKU yang berkerusi roda sekaligus menjana pendapatan isi rumah. Sebanyak 12 orang penerima manfaat Flexsilk dalam kalangan B40, OKU dan ibu tunggal telah dikenal pasti sepanjang projek ini dijalankan. Latihan asas cetakan baju diadakan pada 7 September 2020 bertempat di bengkel KKTM Kuantan yang melibatkan kesemua 12 penerima manfaat Flexsilk. Set peralatan asas cetakan baju berasaskan silkscreen turut disediakan. Maklumat yang diterima sehingga 30 November 2020 daripada inovator, sebanyak 5 orang penerima manfaat daripada 12 orang penerima Flexsilk dari daerah Kuantan, Bera, Temerloh dan Jerantut telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka 20% sehingga 50% sebulan, setelah hampir dua (2) bulan menggunakan produk inovasi flexsilk.

Inovasi Berkaitan

Flexsilk

2020

Flexsilk ataupun dikenali sebagai Flexsible Silkscreen Printing Table telah dihasilkan oleh En. Mohd Firdaus Mohd Noh dari Kolej Kemahiran Tinggi...

Pengupas Kelapa 3in1

2019

Alat ini boleh mengupas kulit kelapa tua dengan cara memijak dengan kaki atau menekan dengan tangan dan mampu memotong atau...

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Our time: 9:40am +08

Terima kasih kerana melayari laman web baru kami. Kami ingin maklum balas mengenai pengalaman anda untuk membantu kami menguruskan laman web kami dengan lebih baik untuk anda!