Hendry Charles melihat tanaman halia yang meluas di Tambunan, Sabah sebagai satu peluang untuk menghasilkan produk hiliran yang berpotensi tinggi. Kegigihannya membuahkan hasil apabila berjaya menghasilkan produk seperti halwa halia, halia madu, serbuk minuman halia, kordial halia dan sos cili halia.
Menerusi Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6), Yayasan Inovasi Malaysia membantu meningkatkan pengeluaran produk-produk ini di samping mempromosikannya ke seluruh negara dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain. Hasilnya, perusahaan yang dijalankan oleh Hendry dapat dikembangkan, seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang terlibat dalam penyediaan bahan mentah, pemprosesan dan penjualan produk.