Encik Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan solat bagi mereka yang uzur dan kelainan upaya (OKU) dengan mencipta Kerusi Solat Orang Kelainan Upaya (KESOKU).
Inovasi KESOKU mematuhi kesemua 13 rukun solat dalam keadaan duduk yang ditetapkan syarak. Inovasi ini telah direkabentuk secara ergonomik, mudah digunakan, mudah dipasang dan disimpan. Ianya juga beroda, ringan dan mudah dibawa kemana-mana.
Amat sesuai bagi makmum-makmum yang uzur dan berkelainan upaya untuk melaksanakan solat 5 waktu, solat sunat dan solat sunat terawih dibulan Ramadhan. KESOKU juga dilengkapi dengan panduan solat duduk yang mematuhi syarak, mengikut garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).