Kundasang Aquafarm merupakan satu-satunya ladang di Sabah yang mengaplikasikan teknologi hijau akuaponik dengan integrasi teknik akuakultur dan hidroponik. Ladang akuaponik ini dapat menjimatkan sehingga 90% penggunaan air bagi penyiraman, tidak perlu pembajaan dan pengunaan racun kimia serta mampu mengoptimumkan penggunaan ruang kecil untuk menghasilkan produktiviti yang besar. Menggunakan sistem ini, ternakan ikan diusahakan bagi membekalkan nutrien semulajadi kepada tanaman.
Projek ini berjaya dikembangkan menerusi dana bantuan Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6). Menggunakan dana ini, beberapa rumah pelindung hujan dibina untuk meningkatkan lagi produktiviti ladang ini.