Puan Anne Antah mendapat idea untuk memperkenalkan warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia menerusi patung permainan. Patung bersaiz kecil ini dipakaikan dengan pakaian tradisi bagi menonjolkan etnik dan kaum. Peranannya ialah menjadi duta kecil untuk memperkenalkan keunikan Malaysia kepada masyarakat luar. Di samping itu, patung yang mesra kanak-kanak ini akan menyemai nilai hormat-menghormati dalam kehidupan majmuk di Malaysia.
Projek ‘Chanteek Borneo – Malaysian Little Ambassador’ ini telah mendapat bantuan dana daripada Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) untuk mengembangkan pasarannya. Kini lebih banyak variasi budaya tempatan dapat ditonjol dan diperkenalkan ke seluruh dunia.