2011

Multi-purpose truck for agriculture

Inovator

Wagiman Dulahabedi

Kisah Inovasi

Wagiman Dulabehi merupakan salah seorang peladang yang mengusahakan tanaman kelapa sawit di Ayer Hitam, Johor. Apa yang membezakan beliau yang mesra disapa Wak Wagiman ialah kesungguhannya untuk melakukan perubahan.

Rutin harian peladang memerlukan mereka memindahkan hasil tanaman ke tempat pengumpulan. Proses ini bukan sahaja memerlukan tenaga kerja yang ramai, malah hampir sukar dilakukan tanpa bantuan kenderaan yang sesuai. Namun begitu, kenderaan seperti trak dan lori dijual pada harga yang mahal, malah spesifikasi tersedia tidak sesuai untuk digunakan pada semua permukaan tanah. Masalah inilah mencabar Wak Wagiman melakukan perubahan dengan mencipta inovasinya yang tersendiri. Setelah mengenal pasti masalah yang sering dihadapi, beliau akhirnya berjaya menghasilkan gerabak pelbagai guna versinya sendiri. Gerabak ini bukan sahaja mampu milik, malah ianya sesuai digunakan di atas tanah gambut yang lembut. Menarik sekali, gerabak ini dihasilkan dengan barangan terpakai antaranya ialah enjin Vespa. Kelebihan inovasi ini telah berjaya menarik perhatian Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang mencari inovasi inklusif untuk dikembangkan potensinya. YIM memberi bantuan melalui geran pembangunan inovasi bagi memastikan gerabak Wak Wagiman dapat disempurnakan sebaiknya.

Gerabak pelbagai guna ini mampu menampung berat sehingga 4 tan yang sesuai digunakan oleh peladang kecil dan sederhana. Penggunaan trak ini secara langsung mampu mengurangkan kos upah tenaga kerja, seterusnya meningkatkan produktiviti di ladang. Walaupun trak ini dijual pada harga jauh lebih murah berbanding jenama tersedia di pasaran, kualiti ditawarkan setanding dan pembeli boleh memilih spesifikasi yang diinginkan. Dengan saiznya yang kecil, ia sesuai digunakan di ladang-ladang kecil. Gerabak pelbagai guna ini telah dimanfaatkan oleh peladang kelapa sawit dan nanas di kawasan Ayer Hitam dan turut mendapat permintaan daripada peladang daripada pelabagai tempat.

Inovasi Berkaitan

Kundasang AquaFarm

2017

Kundasang Aquafarm merupakan satu-satunya ladang di Sabah yang mengaplikasikan teknologi hijau akuaponik dengan integrasi teknik akuakultur dan hidroponik. Ladang akuaponik...

Furniture in Life

2016

Sun Tzu pernah mencatatkan falsafah ringkas berkenaan inovasi dan kreativiti. Katanya, “Warna asas itu hanya lima, namun jika digabung-gabungkannya, maka...

CNC Machine

2016

Istilah CNC atau computer numerical control tidak lagi asing dalam bidang penghasilan dan pengeluaran, lebih-lebih lagi dalam skala yang besar....

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA