2017

Nano Maker Kit

Inovator

Muhammd Shafiq Shahrul Amar

Kisah Inovasi

Sejak tahun 1960-an, bidang sains dan teknologi mula menjadi perhatian dalam bidang pendidikan di Malaysia. Dasar pendidikan negara ketika itu memperkenalkan nisbah 60:40 yang menyasarkan majoriti pelajar mendapat ruang dan peluang terjun ke dalam bidang ini. Setelah hampir 50 tahun berlalu, beberapa perubahan telah dilakukan atas kepentingan dan tujuan yang sama. Pada tahun 2013, kerajaan menerusi Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi telah meluluskan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN). Manakala Kementerian Pendidikan pula bergerak menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dasar dan pelan ini disusun sebagai penerus legasi untuk mengangkat bidang sains, teknologi, pendidikan dan matematik (STEM) dengan harapan sumber manusia yang dibina hari ini, bakal memacu negara Malaysia sebagai negara maju.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kerajaan sedar pembentukan insan perlu bermula awal sedari pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah. Untuk itu, pelbagai program yang mengetengahkan STEM dilaksanakan. Antara program yang terkenal ialah Pertandingan Robotik Kebangsaan yang telah melibatkan ratusan buah sekolah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005. Antara pihak yang terlibat secara langsung dalam program dan aktiviti sebegini ialah Creative Minds Sdn. Bhd. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Muhammad Shafiq Shahrul Amar menjadi tulang belakang syarikatnya yang bergerak aktif dalam sektor pendidikan di kawasan luar bandar menerusi kolaborasi dengan badan berkanun dan juga badan swasta.

Telah lama berkecimpung dalam program pemerkasaan STEM dalam sektor pendidikan, Muhammad Syafiq menyedari bahawa perubahan dan penambaikan perlu dilakukan. Ini berikutan laporan terkini bahawa berlakunya penurunan pelajar aliran sains. Isu ini boleh dikaitkan dengan kekurangan sumber dan pilihan dalam pembelajaran STEM sebagai daya penarik. Malah, beliau merasakan sumber teknologi, program dan aktiviti yang sedia ada sekarang tidak mencukupi untuk menarik dan mengekalkan minat pelajar. Untuk itu, beliau mempunyai hasrat untuk menghasilkan “Nano Maker Kit” (NMK) sebagai salah satu sumber alat bantuan mengajar dalam bidang STEM.

Dalam bidang STEM, set robotik telah lama digunakan. Namun, ianya masih tidak menyeluruh di semua sekolah berikutan harganya yang mahal. Malah, ianya tidak mampu untuk memenuhi konsep pelajaran STEM secara holistik. Pembelajaran menerusi set robotik juga menyukarkan pelajar belajar dan memahami pelajaran rentas bidang khususnya bidang STEM. NMK yang dicadangkan oleh Muhammad Syafiq merupakan alternatif yang mampu mengurangkan masalah-masalah ini.

Konsep pembelajaran menggunakan ‘maker’ sebenarnya sudah digunakan namun tidak secara meluas, lebih-lebih lagi dalam sektor pendidikan STEM di Malaysia. Di pasaran luar negara, set atau kit ‘maker’ sebegini mudah didapati. Namun di Malaysia, harga yang ditawarkan masih lagi boleh dikategorikan sebagai mahal dan ini menyukarkan pihak sekolah untuk memilikinya. Malah, kurangnya kepakaran untuk menjadi tenaga pengajar menyebabkan ianya tidak begitu popular. NMK ciptaan Muhammad Syafiq mempunyai hasrat untuk membantu persekitaran pembelajaran robotik dan seterusnya menjadi alternatif mampu milik kepada set ‘maker’ sedia ada di pasaran.

NMK merupakan satu set alat pembelajaran yang terdiri daripada papan eletronik utama yang boleh disambungkan kepada komputer. Beberapa alat eletronik pelbagai fungsi turut diserta untuk digabungkan ke atas papan tersebut mengikut kreativiti pengguna. Antara fungsi yang disediakan ialah pembesar suara, lampu LED, motor, suis, dan sebagainya. Fungsi ini boleh direka untuk pelbagai tahap dan kepakaran pengguna. Menggunakan NMK, pelajar khususnya boleh mencipta alat pelbagai fungsi dengan mengaplikasikan pelajaran STEM. Malah guru juga boleh menyesuaikan NMK dengan topik-topik tertentu. Tambahan pula, dengan gabungan set robotik sedia ada, ruang untuk mengaplikasi STEM semakin luas. Dengan persaingan yang sihat seperti yang diperolehi menerusi Pertandingan Robotik Kebangsaan, NMK juga mampu menyediakan platform untuk para pelajar mempamerkan kebolehan, kemahiran dan nilai kreativiti serta inovasi.

Dalam pencarian inovasi inklusif menerusi High Impact Programme 6 (HIP6), Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah menemui NMK, idea inovasi yang dibangunkan oleh Muhammad Syafiq dan syarikatnya. Dalam sektor pendidikan, teknologi yang ditawarkan oleh NMK bukan sahaja memenuhi hasrat kerajaan untuk mengangkat bidang STEM, malah turut mempunyai nilai inklusif yang mampu milik, berkualiti tinggi, dan boleh digunakan pada jangka masa yang panjang. Menerusi HIP6, YIM mencari inovasi yang mampu mengurangkan jurang akses kepada teknologi yang sukar diperolehi kerana pelbagai faktor seperti harga yang mahal dan kurang kepakaran. Sektor pendidikan antara yang menjadi tumpuan dan NMK dilihat mampu mengisi ruang yang ada. Perkembangan ini bakal merubah landskap pengajaran dan pembelajaran sedia ada. Menerusi NMK, para pengajar turut dibekalkan dengan kemahiran supaya mudah untuk mengaplikasinya dalam sesi bilik darjah mahupun aktiviti kokurikulum.

Perkembangan dunia teknologi memerlukan perkembangan yang selari dalam dunia pendidikan. Usaha untuk memperkasa bidang STEM perlu diusahakan oleh pelbagai pihak tanpa melepaskan tangan kepada kerajaan dan kementerian berkaitan semata-mata. Idea inovasi yang dibawa oleh Muhammad Syafiq antara contoh usaha yang perlu disokong dan YIM memastikan idea ini dapat dibangunkan sebaik mungkin untuk manfaat para pelajar di Malaysia.

Inovasi Berkaitan

Nano Maker Kit

2017

Sejak tahun 1960-an, bidang sains dan teknologi mula menjadi perhatian dalam bidang pendidikan di Malaysia. Dasar pendidikan negara ketika itu...

Siasitok Flashcard for Deaf

2017

1) Memudahkan komunikasi dalam kehidupan seharian bagi orang yang normal dan orang pekak untuk sama-sama belajar mengenai Bahasa Isyarat Malaysia...

Hubungi Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai akitiviti kami atau ingin bertanya mengenai potensi perkongsian atau kolaborasi, lengkapkan borang berikut dan kami akan menghubungi anda!

Ditubuhkan sejak Oktober 2008, visi kami adalah untuk mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan menyasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Lokasi

Unit L3-E-1A & L3-E-1B,
Level 3, Enterprise 4,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Hubungi Kami
Jom setia berhubung dengan kami

Langgan kami dan terima berita dan peristiwa terkini dari YAYASAN INOVASI MALAYSIA

Thank you for visiting our new website. We would like your feedback on your viewing and navigation experience to help us better curate our website for you!