Puan Wasinah binti Kuntagil berjaya mencungkil potensi yang ada pada Tuhau, tumbuhan yang meliar di hutan hujan di Kepulauan Borneo, terutamanya di Tambunan, Ranau dan Keningau. Beliau menghasilkan jeruk, sambal dan serunding berasaskan Tuhau yang kebiasaannya dimakan sebagai ulaman.
Inovasi beliau dalam menghasilkan produk hiliran berkualiti menarik perhatian Yayasan Inovasi Malaysia menerusi Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) – Jejak Inovasi 2011. Menerusi HIP 6, Puan Wasinah berjaya meningkatkan produktiviti dan meluaskan pasaran produknya ke seluruh negara. Perusahaan beliau kini berkembang dengan baik.