Mengenai
Projek Ruang Reka STIE @ Komuniti merupakan sebuah program pembudayaan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi dengan membangunkan prototaip produk inovasi ke peringkat pra-pengkomersialan dan mereplikasi projek inovasi ke komuniti lain. Program ini dijangka dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan komuniti setempat melalui aktiviti pengkomersialan.
- 3 ruang lengkap bagi menggarap idea kreatif dan inovatif belia
- Mensasarkan seramai 525,000 orang dalam 150 komuniti berkemahiran STIE dapat menjana pendapatan dan pekerjaan melalui aktiviti pengkomersialan dengan 150 prototaip inovasi yang dibangunkan untuk direplikasi ke komuniti lain
- Meningkatkan pengetahuan lebih 52,500 orang belia dengan bengkel dan latihan yang disediakan berkenaan dengan ekonomi digital, 3D Design & 3D Printing, AI & coding, robotik, mentoring, design thinking dan kitar semula bagi pembangunan skil dan bakat
- Melahirkan 525,000 orang agen sosial dalam komuniti PPR terbabit yang dapat menyelesaikan isu dalam komuniti dengan berinovasi
- 3 lokasi pilot projek: Balai Raya Taman Mawar, Paroi, Negeri Sembilan; PPA Desa Rejang, Kuala Lumpur; dan PPR Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu.
3 Lokasi Pilot Projek
Balai Raya Taman Mawar, Paroi, Negeri Sembilan
PPA Desa Rejang, Kuala Lumpur
PPR Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu